Links
Chitty Chatty
Archives
| << September 2008 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | |
| 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||
Credits
xDiorAngelx| BLOGDRIVE |
| TEMPLATES |
Nama Timangan Oleh Orang Tersayang ( rasa mcm dah penah buat je yang nih)
Kakak - nama dalam family, buat saya rasa seperti tua jer..saya tidak kisah kalau famili saya hendak memanggil saya dengan gelaran adik manis, atau manja yang comel lagi kiut miut.
Nomi - sesetengah orang saje yang panggil saya dengan nama ini. saya hanya izinkan sesetengah orang jer yang memanggil saya dengan panggilan ini. iaitu orang yang saya rasa saya gembira bersama mereka. termasuk Dr.Meor?? Dr Farhan? mereka juga memanggil saya dengan nama ini.betulkah?
Meeza - ini adalah nama formal saya. sejak saya bekerja secara tetap di dalam jabatan kerajaan, adalah menjadi kewajipan kepada saya untuk memperkenalkan diri sebagai nama tersebut. ini adalah kerana saya tidak ingin kelihatan bermain-main semasa bekerja. bukankah nama nomi itu terlalu comel untuk saya gunakan sewaktu bekerja 8am - 5pm?
Kak Nomi / Kak Miza - bukankah saya sudah berkata, kan lebih comel jika panggil saya dengan gelaran adik manis atau manja yang comel lagi kiut miut?
Ayang - owh...hati saya seperti berbunga-bunga ketika menaip. janganlah engkau semua sesuka mulut memanggil saya seperti nama tersebut. hanya seorang saja di dalam bumi ini memanggil saya dengan nama itu.
Anda Seorang Yang...( yang ni perlu bersikap jujur atau pura2?)
saya adalah seorang yang amat emo...kalau saya rasa saya hendak menangis berguling-guling, saya akan lakukan tanpa teragak-agak, kalau saya rasa hendak ketawa terbahak-bahak, saya akan lakukan sehingga terangkat kaki.
saya adalah seorang yang cepat sejuk...bukan sebab hujan lah engkau semua..jika saya marah saya akan mengambil masa yang singkat sahaja untuk reda. ustazah saya pesan jika marah cepat2 ambil wudhu, tapi saya selalu terlupa. saya akan marah dalam jangka masa yang panjang jika saya rasa kesalahan itu amat besar, tapi dalam diam, saya sudah memaafkan pesalah itu. tgk...saya ini adalah seorang yang baik hati juga.
saya adalah seorang yang amat sensitif, tidak boleh melihat kesusahan orang lain..saya akan menangis secara sembunyi-sembunyi kerana tidak suka orang lain melihat saya menangis. nanti mereka akan ingat saya bergaduh dengan pakwe..bukankah itu kelihatan sangat lemah di mata masyarakat.
saya adalah seorang yang..ehh saya rasa sudahlah. semakin banyak memuji diri sendiri di bulan mulia ini. tgk, bukan saya malas membuat tag ini, tapi entry ini akan berbau puji-pujian terhadap diri sendiri secara melimpah ruah. bukankah sikap riak amat dilarang dalam agama kita.betulkan?
Insan Teristimewa di mata saya :
saya tiru entry beliau yang tidak mahu bercakap dengan saya. famili. sebab hanya famili saya sahaja yang tahan dengan perangai buruk saya.bukankah baik kalau engkau semua juga dapat menerima perangai buruk saya? tentu nama-nama engkau semua akan saya listkan di sini. itulah lain kali berkira lagi dengan saya.
Tunang saya. sebab dia tunang sayalah.kalau tunang saya tidak istimewa di mata saya, takkan pulak tunang engkau semua pula yang istimewa dimata saya. pelik bukankah? err. bukanlah sebenarnya saya yang istimewa di mata en. beliau. hahahaha.
kawan-kawan saya. saya tidak boleh bergumbira dimuka bumi ini jika saya tidak ada kawan-kawan sperti sekarang ini. siapa yang hendak menemani saya pergi membeli belah di Jusco, dan membeli donut yang digembar gemburkan oleh beliau yang tidak mahu bercakap dengan saya itu. oh ya. beliau telah balik awal, katanya beliau ingin balik berbuka puasa. sekarang baru jam 4.15pm. bolehkah berbuka awal begini..?
Makanan kegemaran saya ?
banyaklah...mahu disenaraikan semuakah? agak-agak sempat kalau saya hendak balik berbuka puasa jam 7.21 ptg ini kah? kalau tak sempat bagaimana? saya boleh terkena renjatan elektrik secara berterusan sehingga syawal jika tidak dapat makan.
tapi..untuk tidak menghampakan beliau, saya senaraikan di sini:
ayam goreng kfc ( dulu banned sekejap, skrg dah makan balik)
mc donalds
rasamas
kenny rogers
nandos
pizza hut
western food
waahh semuanya berciri kebaratan.apalah saya ini. sangat lupa daratan.
nasi lemak
laksa
murtabak
rendang raya
bihun sup
dan lain-lain
kenapakah senarai makanan melayu lebih sedikit nih.?
Warna Kegemaran
pink
merah
putih
hitam
purple
Lagu Kegemaran
saya adalah seorang yang sangat mengikuti perkembangan semasa. oleh itu, buat masa ini saya menyukai lagu raya yang evergreen seperti lagu pulanglah dari aishah..
Sikap yang Membuat saya Stress
bila tak dapat membuat sesuatu seperti yang dirancangkan.
bila seseorang tu dengan sesuka hati lepas tangan dengan tanggungjawab beliau, dan melepaskan beban kepada saya. jahatkan perangai seperti itu?
bila saya tidak dapat makan, saya akan stress..hahahaha.saya suka makan, sebab itu saya gemuk.oh ya. itu juga sebab saya stress, kegemukan yang berkadar terus dengan jumlah makanan yang saya ambil.
3 benda yang mesti ada dalam hand bag saya??
beg duit ( walaupun tak ada duit)
telefon bimbit saya( walaupun tak ada orang call)
alat mekap (manalah tau ada orang nak bergambar dengan saya, sempat saya touch up dulu)
kali terakhir saya menangis beria-ia? kenapa?
dua minggu lepas. kerana saya tidak dapat menghubungi tunang tersayang dan beliau tidak menjawab panggilan saya sepanjang 7 jam. saya suspek dia sudah kawen dengan orang lain secara senyap-senyap.
orang yang saya nak tag?
kak ayu. sebab beliau seorang saja yang baca blog ini.hahaha.
* Nothing's Gonna Change My Love For You * | Tuesday, September 02, 2008 Tuesday, September 02, 2008 | normyza | dah ada komen...!!! | Permalink
sebenarnya...kalau kerja yang kita tak suka buat, memang la aku akan dibuat dengan separuh hati, dan hasilnya dibuat secara separuh-separuh le jugak..tapi..naper la ek, aku ditakdirkan untuk kerja dalam bidang nih..sedangkan aku lebih minat dalam bidang seni...seni?? dengan bakat yang sedikit-sedikit boleh ke gamaknya aku survive dalam bidang tu? seni..? luas cabang tu..nak jadi penyanyi kah? pelakon kah? penari kah? ahli sarkas kah? surirumahtangga kah? ( oopsss..suri rumahtangga adalah pekerjaan yang paling aku tak berbakat..kuikuikui.. )
kenapala aku tak dianugerahkan sesuatu bakat tu secara total...supaya aku lebih fokus akan satu-satu benda...emm..sebenarnya aku bercita-cita..emm nak jadi arkitek..arkitek siottt..dengan keputusan add math aku cukup-cukup makan, masih lagi berangan nak jadi arkitek?? akhirnya, jawatan ini jer yang mampu aku dapat...alhamdulillah...
bolehlah..walaupun kadang2 merungut tak suka dengan kerja nih. kadang2 terasa makin bosan dengan skop kerja sekarang ni...sampaikan aku rasa nak carik kerja lain..tapi..nak cari kerja apa...hah!! aku dah ada plan untuk buat satu bisnes ngan opismate aku..ntah boleh jalan ntah tidak..tapi bisnes ni..melibatkan kreativiti..kreativiti adalah sesuatu benda yang aku suka...
teringat macam mana aku boleh terpikir nak jadi arkitek...masa tuh aku form 2, petang tuh aku tengah siapkan lukisan berasiz A1 untuk pertandingan apa ntah. temanya kelularga penyanyang or something like that la...aku pun dah tak ingat...tengah seronok menconteng sana sini dengan crayon sin chan tu, sepupu aku lalu and dia cakap..'' nomi ni suka sangat melukis, esok abis belajar boleh jadi arkitek..'' sejak dari tu aku tanam semangat nak jadi arkitek..
dan aku memang sangat sangat sangaatttt suka melukis...dari sekolah rendah aku dah masuk macam-macam pertandingan melukis, kalau cikgu tanya sapa nak masuk pertandingan melukis, aku la orang pertama yang akan angkat tangan..hehehe..menang?? boleh la sekali dua, kadang-kadang saguhati, kadang-kadang sekadar memeriahkan keadaan. aku tak penah kisah pun menang ke tak masa tu, yang aku tau aku sangat suka melukis masa tu...aku tak kisah pun aku ni berbakat ke tak dalam lukisan, tapi aku buat jugak dengan sepenuh hati...hmm..kenapa aku tak boleh aplikasikan benda yang sama untuk kerja aku sekarang ni agaknya...oh!!
bila masuk sekolah menengah..aku still dengan kesukaan aku, subjek yang paling aku suka mestilah pendidikan seni, bersemangat waja kalau hari tu ada subjek tuh...masa sekolah menengah aku hantar lukisan aku untuk pameran sekolah..masa masuk dalam dewan, tengok lukisan kita tergantung kat dinding...iskk..rasa bangga bukan main, walaupun lukisan kita tu macam hampeh jer...
lepas SPM lagi giat aku melukis...hari-hari takde kerja, aku melukis..aku beli buku scrap untuk melukis..emm ada lagi buku tu aku simpan buat kenangan...tapi bila jer dapat result SPM, rasa macam jauh jer cita-cita aku tu...memang pun, sampai sekarang aku still kat sini, mcm mana nak realisasikan impian kalau asik bertenet je..hahahahaha..!!
emm..aku rasa setiap benda yang jadi ada hikmahnya...aku ditakdirkan untuk ada di sini pun, ada sebabnya..dan ada sebab jugak aku tak ditakdirkan untuk jadi seorang arkitek...!
* Nothing's Gonna Change My Love For You * | Thursday, August 07, 2008 Thursday, August 07, 2008 | normyza | nak cakap per...? | Permalink
nak dijadikan cerita, masa aku tgh ber ayu-ayu-an main selambut sambil di iringi muzik tradisional , duduk bersimpuh sambil tersenyum manis tu...dekat court badminton tengah resah gelisah tunggu champion diorang (aku le tu) yang belum datang...aku dah cakap aku tak leh nak main badminton, tapi diorang paksa gak..camner aku nak bahagikan diri ku ini, hati ku ini, semangat kesukanan ku ini, kepada 2?? so..dengan tak rela nya, district aku terpaksa merelakan kemenangan tanpa bertanding kat Hq. meraung2 diorang sebab aku tak dapat main kat sana..huahuahua...
tengahari balik, sakit kepala giler..aku telan panadol active past tu, terus terjunam atas katil..sedar2 dah kul 3 lbh..tu pun sebab huda call, aku terlupa aku ada janji ngan dia ari tu..so, dengan kelam kabut aku capai towel terus mandi and bersiap2...
and kul 4 camtu...kami ke bandar sunway...shopping time...aku temankan huda ke kedai A to Z, syok tengok barang2 dalam tu, rasa mcm semua benda nak angkut...sambil aku sibuk ikut huda kuar masuk, tetiber...plingggg..terlihatlah kelibat seorang jejaka yang sungguh menawan sedang bersandar di tepi tiang, di iringi dengan efek angin bertiup..dengan bergaya dia meraup rambutnya..dan mata bertentang mata...perghhh..seb baik aku dah bertunang..kihkihkih..tapi ensem siotttt...(lalalala...'org tu' tak tau aku ada blog)
dah penat aku kuar masuk kuar masuk sambil berlaga punggung ngan orang dalam kedai tu..ramai giler org ari tu...kami beralih ke tingkat atas pulak..kat atas bunga2 pulak..aku cepat jer capai bunga ros merah and putih, pegang kat paras pinggang..sambil jalan kat celah2 bunnga2 tu ala ala tuan puteri di dalam taman...dan tetiber...plinggg plinggg...siapakah jejaka yang sedang memilih2 bunga ros kegemaran ku itu...sungguh menawan...aku melemparkan senyuman yang paling manis...bukan kat jejaka tu, tapi kat huda sambil berkata '' mcm menarik sikit jer mamat tu..'' kihkihkih...
sakit kepala aku berlarutan sehingga ke hari ahad akibat kegatalan yang melampau sangat..padan ngan muka aku...debishh..!
* Nothing's Gonna Change My Love For You * | Monday, July 28, 2008 Monday, July 28, 2008 | normyza | nak cakap per...? | Permalink
hasz dah pun selamat jadik isteri orang...alhamdulillah, kenduri ari tu semuanya ok..kalau ada pun yang terkurang terlebih, biasa la...adatle tu hari kenduri kan..tak boleh nak expect yang perfect sangat...cuma aku tak boleh nak tunggu sampai petang, sebab datang ngan yan n my mum...tak kan nak suruh diorang berkubang ngan aku gak kat umah hasz...rugi sebab tak dapat tgk hasz pakai gaun petang n tgk dia buat outdoor shoot kat mengkuang dam.kalau tak aku bleh enterframe..kihkihkih...nak glemeer je aku ni...
huda pulak, diam tak diam, gaduh baik, bulan 8 ni dah nak kenduri...dah tak lama tggal lagi sebulan jer lagi...alhamdulillah, jadi jugak kenduri diorang, dalam duk gaduh2 tu...biasa la orang kata dugaan masa dalam alam pertunangan...rezeki pun, makin murah...selasa lepas, aku tolong tunjukkan kan dia jps sps..seebnarnya aku pun tak tau kat mana bangunan diorang, aku main cuba2 jer..seb baik betul..kekeke..sampai jer depan kompleks tu, ada guard, aku turunkan tingkap and tanya dia..
'' pakcik nk tumpang tanya, jps kat mana..?''
'' jps kat sini la..tu..tu bangunan tu..'' sambil tunjuk blok A depan aku..
''oooo...kat blok A ni la...ok ok...tima kasih...'' aku beria2 mcm aku yang nak lapo2 diri
''pasal apa...?''
''ooo... esok nak lapor diri...''
''awat..nk buat prektikal kat sini ka...? esok kul 8 mai la...''
'' dak la...ni ni..kawan saya kerja sini, esok dia nak lapor diri..''
''oooo..esok mai la, kul 8 pejabat buka..''
'' ok tima kasih...''
dalam hati aku masa tu, tau la kul 8 pejabat buka...kami bukan budak baru belajar..tapi memandangkan dia pun tak tau...aku maafkan dia, and syok gak sebab dia kata kami nak buat prektikal kat situ..perghh tetiber rasa muda 5 tahun kembali...maybe sebab aku pakai baju winnie the pooh kot...mcm student2 jer...belasah jelah pokcik...!
lepas tu terus call hasz, nak ajak dinner sama2..sebab aku n huda lapar giler..blum makan apa2 sejak balik dari opis kul 5..masa tu dah kul berapa dah...janji ngan hasz nak jumpa kat jam besar, nak makan c.k.t kat situ..tapi memandangkan kami lapar giler, aku ngan huda tukar plan...bila dia sampai jer kat parking, aku ngan huda terus lompat kuar kete, and masuk keter dia macam penyamun...sambil terpinga2 dia tanya apa hal..? tukar plan, tukar plan..hahahaha..lepas tu kami melencong ke pusat bandar, makan pizza hut...tapi apesal dinner mlm tu semua dia masak hangit...seb baik sup tak hangit..kalau tak aku yang hanginn..
lepas kenyang, terus balik singgah umah sewa hasz, sebab huda nak tengok gambo kawen dia ari tu..ada 2 album, and walaupun aku dah tengok, still gak berebut nk tengok lagi...and tengok lama2 lak tu...lagi lama dari huda...bukan apa, aku suka tengok mcm2..benda2 yang orang tak perasan, aku nampak..pastu mula lak gelak berdekah2 sampai terangkat kaki dalam bilik tu...kul 9.30 camtu, kami gerak balik..huda bawak keter laju gak..mcm aku jugak la..heheheh...
masa kat pizza hut tu, sempat gak aku mesej n kol 'org tu' bgtau aku ada kat sana...dia cakap apesal tak bgtau awal2..kalau tak boleh jumpa..kekekekeke..mana boleh....nanti mengganggu masa aku nak berpoya2 ngan kawan2...bila aku dah mula jumpa ngan kawan2, mintak sori la banyak2..sebab aku akan ignore segala bunyi bunyian dari enset...tak kira la sapa pun yang kol n mesej..kuikuikui...
so...pasni...aku, huda hasz n yanz akan ada area sana..kalau nak buat reunion pasni..kena ubah tempat la...buat kat area sana le pulak..heheeh...
* Nothing's Gonna Change My Love For You * | Thursday, July 17, 2008 Thursday, July 17, 2008 | normyza | nak cakap per...? | Permalink
sesak nafas aku time nak buat entry nih...orang cakap masa tunang banyak dugaan... aku cuba tepis kata2 tu... berusaha sehabis mungkin untuk merpetahankan apa yang aku dan dia ada... tapi sapa tau, bila tiba2 dugaan melanda, bukan satu..tapi bertimpa timpa... dah 3 hari aku tak lalu makan...aku nih kalau ada masalah yang betul2 serius jer sampai tak lalu makan, kalau setakat masalah remeh temeh, aku still steady lagi...tapi bila sampai part hati dan perasaan ni..susah nak cakap...sekeras keras batu pun boleh jadi air hati aku ni... aku tak tau nak cakap macam mana, tak tau nak buat apa...semoga Tuhan bagi petunjuk untuk aku..walaupun aku sering lalai dalam mengingatiNya...
* Nothing's Gonna Change My Love For You * | Wednesday, June 18, 2008 Wednesday, June 18, 2008 | normyza | nak cakap per...? | Permalink
| Next Page |
| BLOGDRIVE |
| TEMPLATES |
